Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Ahad, 20 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Ketupat Sotong


Resepi sotong nie kita menuntut dari mak, emm...... sedap gabungan sotong dan pulut memang unik. Ketupat sotong nie asal resepinye dari belah Pantai Timur. Buat Ketupat sotong nie tak la rumit sangat senang je cuma rumit tu sebab nak masukkan pulut ke dalam sotong, ialah kalau terlebih pulutnya nanti keras dan takut lak pecah tapi kalau sikit sangat tak rasa pulutnye kena sedang-sedang.hehe apa pun selamat mencuba.


Bahan – Bahan:-

Sotong
Beras Pulut
Santan
Gula Merah
2 – 3 Helai Daun Pandan
Lidi
Gula
Garam
Sedikit Air










Cara – Cara Membuat:-

  1. Bersihkan sotong dan ceraikan kepala dan badan sotong.
  2. Basuh dan tos kan air pada beras pulut.
  3. Masukkan beras pulut kedalam sotong dan sematkan kepala dengan lidi untuk elakan beras keluar bila sotong dimasak  *Jangan sampai penuh separuh je sebab nanti pulut akan kembang bila masak.
  4. Rebus sotong dan daun pandan yang telah disumat dengan pulut hingga separuh masak.
  5. Masukkan Santan, gula merah, garam dan sedikir gula pasir kemudian masak hingga sotong cukup kembang.
  6. Angkat dan hidangkan.






Nie la rupanye bila dah masak dan siap untuk di makan..selamat menjamu selera ye kengkawan....

Khamis, 17 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Hagemaru


Cerita Kartun Pilihan Hagemaru






Si Botak Kecil atau popular sebagai Hagemaru...merupakan cerita kartun jepun yang mennghiburkan. Kita tak  kan lepaskan peluang tengak cerita hagemaru...astro ceria untuk kita aje....Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak cilik yang bernama Hagemaru dan seorang yang penjimat bukan je dari segi duit tapi semuanye la dia kedekut...seronok memang boleh buat kita gelak berdekah-dekah...hahahah





Watak Hagemaru

Hagemaru merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru. Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo dan Tsuruko. Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori. Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah '0' dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.


Apa pun cerita kartun ini sekadar untuk hiburan kita boleh pikir sendiri mana yang betul atau salah.....





Jom Intai ~ Pasal Sambal Sotong



JOM MASAK


Hari nie rasa cam lapar sangat...emm apa lagi terus ke kedai tinggal sotong je...sotong pun sotong la kan...hehehe. kalau sotong masak sambal sedap gak kan. Hai apa tunggu lagi jom kita ke dapur masak...cepat....


RESEPI SAMBAL SOTONG


1 Biji Bawang Besar (dikisar)
2 Ulas Bawang Putih (dikisar)
Cili Kering dikisar (kita suka pedas so letak la byk sikit)
1 Batang Serai (diketuk)
Sotong (ikut la nak berapa ekor sesedap nye la ye)
Minyak (untuk menumis)
Air Asam Jawa
Sos Cili
Sedikit Gula
Sedikit Garam


Nak masak nye lak:

Panaskan minyak tumis je bahan-bahan yang dikisar tadi...bila nak cukup garing baru masukan sotong. Bila agak separuh masak masukan air asam, serai, sos cili....bila dah hampir nak kering masukan la gula dan garam...bila dah cukup masak angkat, hidang dan boleh la yum...yum...





Nie la dia hasil sambal sotong Jom Dapur



Nie lak menu tambahan hehe sayur bayam


Selamat menjamu selera....

Selasa, 8 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Selamat Hari Wanita

Selamat Hari Wanita

Tema hari wanita sedunia bagi tahun 2011 - Keselamatan Peluang Terhadap Pelajaran, latihan, Sains
dan Teknologi: Laluan Kerjaya Untuk Wanita. Tahun ini juga merupakan sambutan ke 100 Hari Wanita
Sedunia. Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI WANITA.



Bertuahkan  menjadi seorang wanita. Hari ini merupkan hari untuk kita semua tak kira dimana pun kita tetap sama, punyai naluri untuk disayangi dan menyayagi. Tak dinafikan sebagai wanita kita penuh dengan limpahan kasih sayang betul tak?..






Kaum wanita memainkan peranan yang tersangatlah penting dalam kehidupan terutamnya bagi lelaki yang telah berkahwin. Kalau kita perhatikan seorang wanita kerjanya bukan takat habis kat pejabat je, balik je rumah kena uruskan rumahtangga dan sebagainya...bukan senang tugas tu.  Sejarah juga membuktikan bahawa hidup kaum lelaki tidak sempurna dan berjaya tanpa ditemani dan disokong oleh kaum wanita. Keduanya mempunyai peranan yang sama penting serta saling memerlukan antara satu sama lain. Raikan lah kerana hari ni hari kita...untuk mu wanita..

Khamis, 3 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Lagu kanak-Kanak

Lagu Rama-Rama


Teringat zaman kanak-kanak suke sangat nyanyi lagu. Antara lagu yang saya
suka dan sekarang saya nyanyikan pada Little Princess (Sapa lagi buah hati kita la) dan tak sangka pula dia pun suka. emm nie versi kita tapi mungkin kengkawan pernah nyanyi macam lain kan...Jom kita nyanyi...


Dari Ulat Jadi Kepompong
Duduk Tido Dalam Gelongsor
Cukup Masa Kepompong Pecah
Pop Pop Pop Pop






Jadi Rama-Rama Yang Indah
Rama-Rama Terbang Merata
Sungguh cantik Aneka Warna
Hisap Madu Dipohon Bunga
Tapi Sayang Hidup Tak Lama




Rabu, 2 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Bergaya Atau Merana?

Perempuan mana yang tak nak kelihatan menarik, bergaya. menawan dan mungkin seksi (emmm tak tau la itu pandangan masing-masing kan) apabila berkasut tumit tinggi. Emm tak boleh nak kata apa memang kegemaran sebahagian besar wanita kalau perempuan sinonimnya kasut tumit tinggi. betul tak?





Contoh Kasut Tumit Tinggi. Agak-agak nye la kan berapa inci la kasut nie kan.
 

Cantik kan...Tapi nak tanggung kesan tu yang seksa betul tak?
 




Perhatikan perbezaannya?
  

Kepada semua kawan-kawan ingatlah dengan menambahkan ketinggian pada tumit kasut, anda juga sebenarnya menambah ketidakstabilan pada kaki (Kesian kaki kan terpaksa menanggung beban badan kita).
Walaupun kita tau yang ia cukup bahaya tapi apa nak buat sememangnya kasut tumit tinggi tak boleh dipisahkan daripada kehidupan wanita saya tak katakan semua, emm mungkin ada yang tak gemar berkasut tumit tinggi tapi majoriti wanita memang suka pada kasut yang bertumit tinggi begitu juga saya. Apa yang kita nak katakan boleh pakai tapi jangan terlalu kerap penggunaanya. Oleh itu sebaik-baiknya gunakan kasut tumit tinggi seadanya. Kalau boleh janganlah pakai kasut tumit tinggi setiap masa atau sepenuh masa, gunakan lah kasut tumit tinggi anda 2-4 jam sehari. Apa pun renung-renungkanlah ye, bukan apa makin tinggi kasut yang kita pakai makin bahaya pada diri selain tidak selamat dan mampu mencederakan kaki ia juga boleh mengubah bentuk kaki anda.