Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Khamis, 17 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Hagemaru


Cerita Kartun Pilihan Hagemaru






Si Botak Kecil atau popular sebagai Hagemaru...merupakan cerita kartun jepun yang mennghiburkan. Kita tak  kan lepaskan peluang tengak cerita hagemaru...astro ceria untuk kita aje....Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak cilik yang bernama Hagemaru dan seorang yang penjimat bukan je dari segi duit tapi semuanye la dia kedekut...seronok memang boleh buat kita gelak berdekah-dekah...hahahah





Watak Hagemaru

Hagemaru merupakan watak paling utama dalam siri Hagemaru. Dia merupakan anak tunggal kepada Hagezo dan Tsuruko. Hagemaru seorang pelajar gred 4 di sekolah rendah. Watak Hagemaru digambarkan dengan sifat kedekutnya. Dalam babak-babak tertentu, kelihatan Hagemaru lewat ke sekolah dan sering dimarahi guru kelasnya, Cikgu Sakura. Hagemaru menaruh perasaannya kepada Midori yang mana sikapnya menjadi malu-malu jika bertembung dengan Midori. Hagemaru dilihat sebagai tidak tahu membaca namun dia menonjolkan idea-idea menjimatkan wang dalam keadaan lucu. Hagemaru sering mendapat markah '0' dalam setiap ujian yang mana ia menghampakan guru kelasnya itu.


Apa pun cerita kartun ini sekadar untuk hiburan kita boleh pikir sendiri mana yang betul atau salah.....





Jom Intai ~ Pasal Sambal Sotong



JOM MASAK


Hari nie rasa cam lapar sangat...emm apa lagi terus ke kedai tinggal sotong je...sotong pun sotong la kan...hehehe. kalau sotong masak sambal sedap gak kan. Hai apa tunggu lagi jom kita ke dapur masak...cepat....


RESEPI SAMBAL SOTONG


1 Biji Bawang Besar (dikisar)
2 Ulas Bawang Putih (dikisar)
Cili Kering dikisar (kita suka pedas so letak la byk sikit)
1 Batang Serai (diketuk)
Sotong (ikut la nak berapa ekor sesedap nye la ye)
Minyak (untuk menumis)
Air Asam Jawa
Sos Cili
Sedikit Gula
Sedikit Garam


Nak masak nye lak:

Panaskan minyak tumis je bahan-bahan yang dikisar tadi...bila nak cukup garing baru masukan sotong. Bila agak separuh masak masukan air asam, serai, sos cili....bila dah hampir nak kering masukan la gula dan garam...bila dah cukup masak angkat, hidang dan boleh la yum...yum...





Nie la dia hasil sambal sotong Jom Dapur



Nie lak menu tambahan hehe sayur bayam


Selamat menjamu selera....