Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Isnin, 12 September 2011

Jom Intai ~ Keimanan Cinta


Semalam bosan kat Tv asik ulang je citer yang sama...tetiba terbuka tv 9 tengok cam best je drama Keimanan cinta...adaptasi dari sebuah novel....google sinopsi kat http://www.tv9.com.my/.... Ilahi tiada siapa yang tahu. Begitu juga dengan jodoh, ajal dan maut seseorang memang tidak dirancang tetapi semuanya adalah kuasa Allah SWT. Begitu jugalah jodoh Izreen Azminda dengan cucu Tan Sri Yong bernama Alan menerusi drama bersiri terbaru slot Ratu iaitu Keimanan Cinta yang telah keudara sejak 5 September lalu. Drama 10 episod yang bersiaran pada setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam ini menampilkan Izreen Azminda sebagai Fazura dijodohkan dengan Alan, lakonan Jason Chong.

Fazura merupakan seorang jurutera di syarikat kepunyaan Tan Sri Yong yang juga merupakan datuk kepada Alan. Tan Sri Yong, seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang merupakan salah seorang hartawan Malaysia. Beliau suka membantu sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan termasuklah Azman, lakonan Iqram Dinzly. Azman merupakan anak angkat kepada Tan Sri Yong dan tinggal bersama-sama Tan Sri Yong sekeluarga sejak kehilangan ibu dan bapanya. Azman dan Alan juga merupakan sahabat baik. Menghidapi penyakit yang boleh membawa maut adalah sesuatu yang tidak dijangka oleh Fazura. Allah SWT telah memberi satu dugaan terhebat kepadanya selain daripada kematian ibu bapanya. Namun, Fazura redha dengan ketentuanNya kerana setiap titis darah, hembusan nafas dan degupan jantungnya adalah milik Yang Maha Esa. Dialah yang lebih berhak ke atas kehidupan setiap hamba Nya. Pertemuan Fazura dengan Tan Sri Yong merupakan sesuatu yang tidak dijangka. Menikahi cucu hartawan itu pula langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya.



 Fazura akhirnya nekad berkahwin dengan Alan tanpa mengetahui ada hati insan lain yang memendam rasa. Bagi Azman, wanita sebaik Fazura bukan sepatutnya dimiliki oleh lelaki seperti Alan. Jane yang mengenali Fazura sejak kecil mula merasakan manisnya KEIMANAN CINTA Fazura. Setiap insan yang muncul dalam diri Fazura akan menyayangi insan ini. Namun, sempatkah untuk Fazura menyaksikan KEIMANAN CINTAnya subur mekar dalam setiap jiwa insan-insan di sekelilingnya? Kelmarin adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan, esok adalah harapan dan misteri… Saksikan kesudahannya setiap Isnin dan Selasa jam 8.30 malam menerusi slot Ratu. Pelakon lain yang turut membintangi drama menarik ini adalah seperti Wong Sip Nam (Tan Sri Yong), Adlene Tsen (Jane), Zoeey Tan (Camelia) dan Airis Yasmin (Jannah).