Sebenarnya dah lama aku nak bercerita
pasal entry kali nie tapi hari nie rasanya
baru dikuatkan hati nie bercerita....
emm kadang2 kita rasa kenapalah kita yang di uji
tapi sesungguhnya itu rahsia Allah s.w.t...hanya dia
yang mengetahuinya...sebagai hambanya kita kena
redha di atas segala apa yang menimpa kita...
cuba cara dan bentuk ujian tu
saja yang berbeza...
cuba cara dan bentuk ujian tu
saja yang berbeza...
Macam tu jugalah family aku...tahun lepas
bulan lima kami semua di kejutkan bila abah di serang kanser...
perit rasanya nak menerima realiti itu tapi..
alhamdulilah..kami insan yang terpilih
untuk menerima ujian ini...
Doktor dah sahkan yang abah aku kanser prostat...
stage 4...subhanallah..abah terpaksa menjalani
dua pembedahan. Pembedahan pertama
pada bahagian tulang belakang
sbbnya kanser tu dah merebak ke tulang belakang yang
menyebabkan abah lumpuh separuh badan...
doktor menggantikan nya dengan besi bagi
menyokong tulang belakangnya....
pembedahan yang kedua dilakukan selang tiga hari untuk
membuang "telur"..ketika tu mmg terlalu perit
tgk abah terlantar sakit...
Bukan mudah utk terangkan pada abah situasi pd masa tu..
tapi sehingga ke hari ini abah masih belum tau yang
kansernya di tahap empat...dan kos yang kami
adik beradik tanggung...
adik beradik tanggung...
Abah aku seorang yang sangat aktif...seharian ada
je kerja yang dia nak or akan buat...
bila dah secara tiba-tiba abah di serang kanser
separuh badannya tidak dapat bergerak..iaitu
dari pusat hingga ke kaki...
Empat bulan abah terlantar tanpa boleh bergerak...
makan..buang air besar..segalanya di atas katil
tapi alhamdulilah
berkat kesabaran kami sekeluarga
abah akhirnya sekarang dpt bangun..dan berjalan semula...
walau pun tak sepenuhnya pulih tapi..
doa padanya tak pernah putus..
supaya abah kembali sihat seperti dulu..
walaupun mungkin terjadi..tapi kuasa Allah mengatasi
segalanya...
Semoga mak, aku dan kakak yang lain
di beri kekuatan tuk menjaga abah..
aku pasrah dengan apa yang jadi..
Aku sikit pun tak pernah
menyesal dengan keputusan aku berhenti kerja
tuk jaga abah dan mak..
dan aku bertambah bersyukur dikurniakan
suami yang teramat memahami...dan sanggup berkorban
untuk membenarkan aku balik ke ipoh
tuk jaga mak ngan abah...
Terima kasih sayang...sanggup berkorban...
mudah-mudahan ada rezeki aku di bidang lain...
sama-sama la doakan ye...aminn..
aku akan tetap menjaga abah dan mak selagi aku bernafas...
tapi alhamdulilah
berkat kesabaran kami sekeluarga
abah akhirnya sekarang dpt bangun..dan berjalan semula...
walau pun tak sepenuhnya pulih tapi..
doa padanya tak pernah putus..
supaya abah kembali sihat seperti dulu..
walaupun mungkin terjadi..tapi kuasa Allah mengatasi
segalanya...
Semoga mak, aku dan kakak yang lain
di beri kekuatan tuk menjaga abah..
aku pasrah dengan apa yang jadi..
Aku sikit pun tak pernah
menyesal dengan keputusan aku berhenti kerja
tuk jaga abah dan mak..
dan aku bertambah bersyukur dikurniakan
suami yang teramat memahami...dan sanggup berkorban
untuk membenarkan aku balik ke ipoh
tuk jaga mak ngan abah...
Terima kasih sayang...sanggup berkorban...
mudah-mudahan ada rezeki aku di bidang lain...
sama-sama la doakan ye...aminn..
aku akan tetap menjaga abah dan mak selagi aku bernafas...
nie jelah satu-satunya gambar yang aku ambik
abah atas kerusi roda...yang lain sangat tak sanggup tgk
bukan tak nak terima kenyataan tapi..
sedih kalau kenang kan..