Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Rabu, 9 Februari 2011

Jom Intai ~ Pasal Khasiat Pokok Kapal Terbang

Pokok Kapal Terbang




Ini lah rupanya pokok kapal tebang







Kita nak berkongsi mengenai tumbuhan ini. Mungkin ramai yang dah biasa dengan pokok ini tapi sebenarnya kita pun baru tau dan macam minat nak tau banyak lagi pasal pokok nie. Jadi bila dah tau mengenai khasiat dan kegunaannye kita nak la kongsi sama-sama.

KETERANGAN MENGENAI POKOK KAPAL TERBANG


Pokok kapal terbang yang daunnya berbau ` sedikit busuk` didapati boleh di mana-mana ahaja dari Perlis sampai ke Sabah. Kadang-kadang dikenali jua sebagai busuk-busuk, daunmelalang atau Christmas bush, cruciata. Pokok kapalterbang adalah sejenis rumpai yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan terbuka.Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka dan tidak akan tumbuh dikawasan yang terlindung oleh kanopi pokok lain.


KEGUNAANNYA


Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja.Daun kapalterbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada baby nya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.



Jom Intai ~ Pasal Cerita Sedih Sepasang Kekasih

Ruang Ayat-Ayat Cinta jom kita ikuti kisah cinta ini....

Cerita Sedih Sepasang Kekasih
sedih giler tu......pastikan tisu berada di sisi anda...Tersebut al-kisah dua insan bercinta... yg laki tu nama Razak, yg pompuan tu nama Fatimah. Razak ni panggil fatimah ni sebagai 'imah' je (nak kasi nampak manje le tuh). imah ni lak panggil razak ni 'abang' je cos diorang ni dah close, lagi pun razak ni lagi tua daripada imah 4 tahun.
Entah macam mana, diorang ni kena berpisah dlm jangka masa 3 tahun. Razak tu kena gi UK . lama gak tuh...Imah ni kesepian le kat Singapura. Since dah pisah lama gak.. then imah boring dok umah sorang...Ada lak mamat yg bernama kamarul dtg jumpa imah. mula2 imah dgn kamarul ni kawan je, kamarul ajak gi shopping, gi makan satay, gi bowling. Entah macam mana, hati imah ni dah terpaut lak kat kamarul nih... maka hilang la bayang2 razak daripada hati imah..

Setelah genap 3 tahun.. razak pun pulang ke singapura. Beria2 le mamat nih nak jumpa imah. belum sempat nak call imah, razak ternampak imah dgn kamarul tengah date kat tengah2 town. maka berderai le jiwa raga razak.. sedih je mamat tuh... tak lalu makan. at the same time.. imah dok jalan2...sembang le dgn kawan2 dia.. ntah camna dia dpt tahu kamarul tu laki org. imah pun peras..cuba nak kembali kepada razak.
Masa tu dia lom tau lagi razak ni dah balik singapura. Razak pun memberanikan diri dia... jumpa imah. dia gi le rumah imah. muka razak masam je.. imah tanya le apasal masam. razak cakap.."susah lah.. aku dah tau apa yang ko buat masa sepeninggalanku" imah terperanjat... "err bila masa lak nih.. aku setia apa..." kata imah razak berkata...tersedu2..

" Aku sudah tau perhubunganmu dgn dgn kamarul..." imah terdiam... "tamat lah hubungan kita disini sahaja..." tambah razak. Razak amik gitar kapuk yg dibeli drpd UK  tu......seraya berkata " dengarlah lagu ini..., khas untuk mu..."razak start nyanyi sambil menatap wajah sedih imah yg sedang menangis...

I can tell by your eyes That you've probably been crying forever And the stars in the sky Don't mean nothing to you They're a mirror I don't wanna talk about it How you broke my heart If I stay here just a little bit longer If I stay here won't you listen To my heart, ohhh, my heart
imah terdiam... masih menangis....razak sambung...
If I stand all alone Will the shadows hide the colours of my heart Blue for the fears Black for the night's fears The stars in the sky Don't mean nothing to you > They're a mirror I don't wanna talk about it How you broke my heart If I stay here just a little bit longer If I stay here won't you listen To my heart, ohhh, my heart

"suara razak terus mendayu2....

"My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen
to my heart, oh, my heart? My heart, oh, my heart!"

razak ulangi phrase yg sama.......imah terdiam...walaupun air mata masih mengalir...

My heart, oh my heart, this old heart........."
"I don't wanna to talk about it, how you broke my heart.
But if I stay here just a little bit longer,
if I stay here, won't you listen to my heart, oh, my heart?
My heart, oh, my heart!"

setelah tamat lagu yang dinyanyikan oleh razak untuk imah itu...tiba2 mulut imah berkata ... " abang, imah nak beritahu abang sesuatu" "katakan lah duhai imah" jawap razak dengan suara perlahan... " err...... err..." kata imah dlm keadaan bersalah..."katakan lah .. katakan lah imah.. abang sanggup terima..." tambah razak...perlahan2.. imah berkata

"abang..."
"sebenarnya... imah tak paham bahasa Inggeris..."