Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Rabu, 2 Mac 2011

Jom Intai ~ Pasal Bergaya Atau Merana?

Perempuan mana yang tak nak kelihatan menarik, bergaya. menawan dan mungkin seksi (emmm tak tau la itu pandangan masing-masing kan) apabila berkasut tumit tinggi. Emm tak boleh nak kata apa memang kegemaran sebahagian besar wanita kalau perempuan sinonimnya kasut tumit tinggi. betul tak?





Contoh Kasut Tumit Tinggi. Agak-agak nye la kan berapa inci la kasut nie kan.
 

Cantik kan...Tapi nak tanggung kesan tu yang seksa betul tak?
 




Perhatikan perbezaannya?
  

Kepada semua kawan-kawan ingatlah dengan menambahkan ketinggian pada tumit kasut, anda juga sebenarnya menambah ketidakstabilan pada kaki (Kesian kaki kan terpaksa menanggung beban badan kita).
Walaupun kita tau yang ia cukup bahaya tapi apa nak buat sememangnya kasut tumit tinggi tak boleh dipisahkan daripada kehidupan wanita saya tak katakan semua, emm mungkin ada yang tak gemar berkasut tumit tinggi tapi majoriti wanita memang suka pada kasut yang bertumit tinggi begitu juga saya. Apa yang kita nak katakan boleh pakai tapi jangan terlalu kerap penggunaanya. Oleh itu sebaik-baiknya gunakan kasut tumit tinggi seadanya. Kalau boleh janganlah pakai kasut tumit tinggi setiap masa atau sepenuh masa, gunakan lah kasut tumit tinggi anda 2-4 jam sehari. Apa pun renung-renungkanlah ye, bukan apa makin tinggi kasut yang kita pakai makin bahaya pada diri selain tidak selamat dan mampu mencederakan kaki ia juga boleh mengubah bentuk kaki anda.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perkahwinan