Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Rabu, 14 Disember 2011

Jom Intai ~ Hujan oh..Hujan

Hai jem...jem...jem...bila hujan kl nie memang tak yah cakap banyak memang akan jem sesangat...tambah lak ngan banyak jln tutup coz banjir....aku yang selalunye balik umah setgh jam tu...pun kalau jem...nie kat ngan sejam lebih baru sampai...dah la tak campur org yang bawak keta macam jln tu dia sorang bayar cukai jalan...hangin betul ngan org mcm nie....kalau ko pikir nak cepat semua org nak cepat jgn la pikir diri sendiri je...ishh geram btul.....(alamak teremosi la plk...)

Semalam balik smart tutup mmg lagi-lagi la jem nye kan....tapi apa pun nasib baik aku sempat tgk slot drama Tentang Dhia gak...ek buleh plk kan....hehehehe...mmg tak blh lepas nak tgk citer tu...





** sedikit maklumat tentang SMART......"Stormwater Management and Road Tunnel" (SMART) Objektif utama terowong ini adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dan juga untuk mengurangkan kesesakan trafik di sepanjang Jalan Sungai Besi dan jejambat Loke Yew di Pudu semasa waktu sesak. Terdapat dua komponen bagi terowong ini iaitu terowong air dan terowong jalan.

Terowong ini bermula di tasik Kampung Berembang berdekatan dengan Sungai Klang di Ampang dan berakhir di tasik Taman Desa berdekatan Sungai Kerayong di Salak Selatan. Projek ini diketuai oleh kerajaan, termasuklah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan juga satu syarikat pakatan kerjasama di antara Gamuda Berhad dan Malaysian Mining Corporation Berhad (MMC).

Terowong SMART direkabentuk bagi kegunaan kenderaan ringan dengan ketinggian maksimum 2 meter serta had laju yang ditetapkan adalah 60 km/j. Motosikal serta kenderaan berat seperti lori dan bas tidak dibenarkan melalui terowong tersebut. Terowong ini telah dibuka kepada lalu lintas pada 7 April 2007 dan kadar tol sebanyak RM2.00 dikenakan mulai 14 Jun 2007.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan