Hari nie dah masuk 17 ramadhan...alhamdulilah dan salam nuzul Al-Quran buat semua follower..marilah kita menyedari bahawa kitab suci al Quran ini adalah ‘amanah besar‘ yang menjadi tanggungjawab orang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t. Wajib diusahakan agar hukum-hukum dan tuntutan-tuntutan di dalam al Quran itu berjalan dan diaplikasikan dalam kehidupan umat ini. Sebarang penolakan, keengganan, keangkuhan dan kesombongan terhadap al Quran dan sekaligus terhadap Sunnah Rasulullah s.a.w adalah mengundang kepada mala petaka besar iaitu balasan daripada Allah s.w.t.
Sambil tu nak story sikit pasal semalam on the way balik hubby call ajak gi mid valley...apa lagi memang menepati citarasa la kan sebab memang tah kenapa macam malas sesangat nak masak...lagi pun macam nak cari kasut raya....tapi yang sedihnya ada yang dah menepati tema tapi tak de saiz...aduhai memang tak suka tau....baru nak raya glamor sikit tahun nie...tapi misi akan diteruskan ke hari sabtu nie...cuba tgk kat ipoh pulak...mana tau kot...kot ada..kan. hai itu la pompuan macam-macam nak beli...(merungut kat diri sendiri) hehehe...macam-macam nak kena selesaikan sebelum raya kalau tak tak sempat nie....
Dah sampai time berbuka...sib baik nak booking sebelum tu..so walaupun hati lapar tak dapat kasut tapi yang penting perut kenyang alhamdulilah...nie antara kedai faveret aku ngan hubby....tapi kali nie pilih set kecik je sebab blan puasa nie kureng sikit selera makan....tapi makan kat sini seafood tu semua aku yang belasah sebab hubby tak boleh makan seafood allergic..tapi sebab fish market so adalah pilihan ikan untuk dia....emm pilihan tempat tuk berbuka kali nie adalah..jeng...jeng...
The manhattan fish market - mid valley
Small flame
Creamy Seafood Pasta
yang nie air hubby - Oreo Kaboom
Aku pilih sprite je....
Emm tu la cito nye..apa pun kasut aku tetap akan cari kau...harap jumpa la kau kasut....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan