Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Rabu, 15 Jun 2011

Jom Intai ~ Pasal Pokok Naga


Entry kali nie dak cerita pasal Buah Naga...emm ramai yang dah tau kan cuma nak story cikit je...hehehe kalau korang nak tau buah naga nie adalah buah daripada sejenis pokok kaktus.  Tapi kat malaysia ia nye mungkin baru bagi kita tapi kalau kat Vietnam ngan Australia dah jadi buah tempatan diorang la...Isi buah naga berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam yang boleh dimakan. Tapi bagi yang tak pernah makan rasanya lebih kurang buah kiwi.

ini la bentuk pokok buah naga

Nak tau bunga pokok naga juga mengeluarkan bau wangi yang menarik perhatian serangga dan kelawar, yang bertindak sebagai agen pendebungaan. Bunga ini biasanya kembang hanya untuk satu malam dan selepas subuh, bunganya mula kuncup. Yang menarik ialah kaktus ini berupaya menyimpan air. Tidak hairanlah buah naga mengandungi 80% air, selain kandungan vitamin C yang tinggi berbanding tembikai dan epal.


Meriah nye buah kat pokok naga nie


Zat makanan lain yang ada di dalam buah naga ialah serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang cukup bermanfaat untuk merawat penyakit darah tinggi. Buah naga berisi merah pula sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoidnya yang tinggi. Fitokimia di dalam buahnya juga diketahui dapat merendahkan risiko kanser.


Num..num sedap nye blh gak buah jus

segar dari ladang...hehehe


emm tgk isi nye....mmg best la..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan