Pages

Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Rabu, 9 Februari 2011

Jom Intai ~ Pasal Khasiat Pokok Kapal Terbang

Pokok Kapal Terbang




Ini lah rupanya pokok kapal tebang







Kita nak berkongsi mengenai tumbuhan ini. Mungkin ramai yang dah biasa dengan pokok ini tapi sebenarnya kita pun baru tau dan macam minat nak tau banyak lagi pasal pokok nie. Jadi bila dah tau mengenai khasiat dan kegunaannye kita nak la kongsi sama-sama.

KETERANGAN MENGENAI POKOK KAPAL TERBANG


Pokok kapal terbang yang daunnya berbau ` sedikit busuk` didapati boleh di mana-mana ahaja dari Perlis sampai ke Sabah. Kadang-kadang dikenali jua sebagai busuk-busuk, daunmelalang atau Christmas bush, cruciata. Pokok kapalterbang adalah sejenis rumpai yang biasa dijumpai tumbuh dikawasan terbuka.Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi span berwarna putih. Ia boleh tumbuh disemua jenis tanah termasuk tanah jenis berbatu. Ia memerlukan kawasan terbuka dan tidak akan tumbuh dikawasan yang terlindung oleh kanopi pokok lain.


KEGUNAANNYA


Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun.Keracunan pokok ini boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Berhati-hati jika anda menanam pokok ini . Pastikan ia tidak dapat dicapai oleh anak-anak kecil. kegunaan perubatan pokok kapalterbang hanya sekadar untuk kegunaan luaran sahaja.Daun kapalterbang dijadikan ubat luka. Caranya ialah dengan menghancurkan daunnya dah ditampal pada bahagian yang luka itu. Selain daripada itu daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. caranya daun kapar terbang dan kapur diuparkan (dikisar menggunakan tapak tangan) hingga hancur dan mengeluarkan busa (buih). buih ini kemudiannya disapu pada perut bayi dan dibarut. Kadang-kadang daun sekentut juga diupar bersama dengan daun kapal terbang dan kapur untuk untuk ubat kebung dan cirit birit bayi.

Selain dari itu ibu-ibu selepas bersalin menggunakan daun ini untuk bertunku. Khasiat daun kapal terbang ini juga herba mandian atau herba wap. Ia juga digunakan untuk menghilangkan gatal-gatal pada kulit dengan cara mengisar atau upar daunnya dengan kedua-dua tapak tangan dan disapukan pada bahagian yang berkenaan. Selain daripada kegunaan perubatan daun kapal terbang juga boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memeram buah-buahan seperti pisang dan cempedak.

Peringatan: selepas guna pokok ini cuci tangan bersih-bersih dan pastikan jangan ada sedikitpun kandungan dari tumbuhan ini masuk kedalam badan kita.Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada baby nya melalui uri. simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali (pembesaran hati). ini disebabkan oleh bahan aktif Alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. malangnya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. oleh itu anda di nasihatkan supaya berhati-hati menggunakan tumbuhan ini. Dapatkan pertolongan doktor dengan segera jika sebarang bahagian dari pokok ini termasuk ke dalam tubuh anda.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan