Jom Intai Blog Rosalinda

Foto Saya
Blog ini dah tentulah mengenai kehidupan aii bersama Cinta Hati dan Buah Hati kesayangan saya... Disini lah tempatnya saya menconteng apa saja yang saya nak ceritakan..berkongsikan rasa sayang, cinta, kasih, gembira, sedih dan segala nya...Jom intai saya di blog nie....

Cinta Hati

Cinta Hati

Buah Hati

Buah Hati

Kami

Kami

Arkib Blog

Robot

Sabtu, 29 Januari 2011

Jom Intai ~ Pasal Koleksi Lawak Kah..Kah...

Koleksi cerita-cerita lawak emm saje je nak kongsi bersama...tergelak giler baca cerita lawak nie..kah..kah...



KARIPAP 3 SERINGGIT
Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.
Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.
RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.
Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.
mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1
Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar
Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!


TERSALAH RENDAM
Seorang pemuda yang akan berkahwin telah berjumpa seorang bomoh yang juga seorang pakar dalam masalah tenaga batin untuk mendapatkan sedikit petua.
Pemuda : Tok, saya akan berkahwin tidak lama lagi tetapi saya masih belum bersedia. Bagilah petua untuk saya menghadapi malam pertama nanti.
Bomoh : Malam pertama merupakan malam yang sangat penting bagi lelaki. Kamu seharusnya dapat memberi kepuasan yang tidak dapat dilupakan oleh isteri kamu nanti.
Pemuda : Bagaimanakah caranya tok bomoh.
Bomoh : Begini,kamu seharusnya membesarkan alat kelaminmu dan ini akan membuatkan isterimu menjerit pada malam pertamanya.
Pemuda : Bagaimana caranya tok ?
Bomoh : Kamu mesti merendam alat kelaminmu setiap malam dalam air teh setiap malam sehinggalah malam pertamamu.
Pemuda tersebut balik ke rumah dan melakukan apa yang dikata oleh tok bomoh pada setiap malam.
Pada malam pertamanya, tok bomoh juga berada dirumahnya. Tiba-tiba kedengaran isteri pemuda itu menjerit kuat. Tok bomoh mula terfikir akan kehebatan petua yang diberikannya kepada pemuda tersebut. Tiba-tiba pemuda tersebut keluar dari biliknya dengan wajah yang sedih. Tok bomoh hairan lalu bertanya kepada pemuda tersebut.
Bomoh : Kenapa cepat sangat..?
Pemuda : Saya punya memamng panjang tok tapi kenapa hanya sebesar pensil saja...?
Bomoh : Adakah kamu ikut petua yang tok ajarkan...?
Pemuda : Sudah tok. Tiap-tiap malam saya merendam saya punya dalam segelas air teh.
Bomoh : Teh apa yang kamu gunakan ?
Pemuda : ????????? Mustika Ratu - Slimming Tea tok.


PANGILAN SAYANG UNTUK ISTERI

Kamal diundang kawannya makan malam.
Mizal, si tuan rumah, memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku...Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kau tetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."
Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."

JELINGAN AYAH

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari, aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.


Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Perkahwinan